Wednesday, June 2, 2010

Kampung Baru ??


1. Saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan di kampung baru malah tidak pernah menjejak kaki ke sana.

2. Mungkin pemilik2 tanah di sana sedang berangan2 ingin bergelar jutawan segera malah ada yg sedang berduka nestapa mempertahankan tanah warisan tersebut.

3. Kg. Baru mempunyai sejarahnya tersendiri dan merupakan tanah yg berdaulat pemberian Sultan Selangor (Sultan Alauddin Sulaiman Shah Raja Muda Musa) khusus untuk org2 Melayu pd masa itu.

4. Saya berpendapat adalah tidak wajar kerajaan mencadangkan pemberian 40% tanah di kawasan tersebut kpd non-bumiputera.

5. Sebaik- baiknya kekalkanlah pemilikan esklusif sepenuhnya kpd kaum Melayu tanpa melibatkan penyertaan dari kaum2 lain.

6. Saya amat bersetuju sekiranya Kg. Baru dibangunkan tetapi mestilah bercirikan Melayu sesuai untuk kawasan pelancongan dlm bandar/ kegiatan ekonomi dan pemilikan 100% untuk org Melayu.

7. Hanya pandangan peribadi, bukalah hati bukalah minda & berfikir diluar kotak..


No comments:

Post a Comment